Monday, 19 October 2015

BOSAN DENGAN STRESS?

In shaa Allah kami nak kongsi 6 taktik simple buang stress dalam longkang!!



Tak dinafikan kita akan selalu berhadapan dengan pelbagai masalah dan dugaan. Namun kita perlu ikhtiar untuk jadikan hidup ini happy dan positif setiap hari. Jom baca lagi -->
1. Bersenam
Dengan berpeluh dan bersukan kita dapat buang juga segala serabut yang melanda minda dan fikiran kita. Dengan bersenam, jantung dan tubuh badan kita aktif dan cergas. Tak hairan kita selalu tengok orang joging2 kan? Ia satu terapi.
2. Tidur seketika. (Nap)
Bila rungsing dan bingung, kita bolehlah tidur dan rehatkan minda sejenak. Tidur pada tengah hari atau qailullah boleh menyegarkan minda bila bangun nanti!
3. Baca atau dengar tentang perkara positif.
Input yang positif mampu menukar mood kita untuk lebih bersemangat untuk terus berjuang pada hari tersebut. Oleh itu, carilah perkara yang boleh menjana semangat anda untuk berdepan dengan segala permasalahan yang menimpa.
4. Baca Al-Quran dan buat ibadah lain
Taat dan melakukan perintah Allah dan menghindari larangannya adalah satu kemestian yang perlu kita pegang. Bukan sahaja hilang stress, malah ketenangan dan kebahagian dunia akhirat pun kita dapat. Bila kita dekat pada Allah, masalah pun Allah tarik daripada kita. Betul?
5. Bersosial
Luangkan masa untuk berkomunikasi dan berkongsi masalah dengan orang sekeliling kita terutama keluarga dan sahabat kita. Dengan adanya perkongsian ini maka kita tidaklah penyek terbeban oleh masalah keseorangan. Maka kuncinya, bertanya!
6. Selalu syukur
Orang yang selalu merungut jarang bersyukur. Orang yang tidak bersyukur ialah orang yang selalu merungut. Maka, untuk mencapai jiwa yang lapang, Syukur!! Ada jalan Allah bagi untuk kita yang bersyukur.
Ok, cukuplah tips untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk anda. Kalau nak share diizinkan dengan lapang dada untuk manfaat sekalian alam.
Nak kongsi idea dan pandangan bolehlah komen di ruangan bawah.
Dan LIKE tanda anda belajar sesuatu hari ini.


**Bila stress, selain mengadu pada Allah, saya akan luangkan masa bersama keluarga, isteri tercinta dan anak yang comel itu. *senyum sikit, jangan menjus gilak

Wednesday, 16 September 2015

5 SEBAB ANDA PERLU BERKAWAN DENGAN ORANG BM

Melalui pengalaman saya sendiri, orang BM (Bahasa Melayu) ni sangat unik kerana mereka mempunyai personaliti yang sangat menarik sekali untuk dijadi kawan sejati. (cheewah)

Antara 5 sebab yang perlu anda tahu tentang orang BM dan sesuai anda jadikan kawan ialah:

1. Mereka mempunyai jiwa seni yang ala drama televisyen yang anda selalu tonton. Mereka suka mendramakan perasaan mereka. Jadi anda tak perlu tengok TV dah dapat tengok live gelagat mereka.

2. Anda susah nak faham mereka kerana ayat BM nya. Orang BM sangat puitis dalam berkata-kata. (bahaya kerana takut anda tergoda pulak nanti). Tapi anda susah nak faham mereka. Macam kita baca sajak. Faham ke faham sajak tu?

3. Boleh tolong suruh buat laporan atau surat. Selain tu, kalau nak adjust assignment pun apa salahnya kan? haha.. Carilah kawan BM k?

4. Orang BM biasanya selamba yaya. Jadi anda tak perlu nak berlagak kaya dengan pakaian yang mewah-mewah sebab kebanyakan orang BM ni sempoi dalam penampilan. Biasalah. Pernah tengok A Samad Said pakai tuxedo? Sastera bah. :P ( Sorry A Samad Said)

5. Masalah anda akan kurang. Sebab orang BM dapat mereleasekan tension anda dengan gurauan bahasa mereka yang tak masuk dek akal. Anda boleh dihiburkan dengan nyanyian, puisi, sajak, pantun dan sebagainya? Nak lagi? Pidato, syarahan dan sebagainya. Haha..terhibur kan?


Sesungguhnya saya merupakan golongan orang BM. Peace Nyo!

Hadi Tamit

Tuesday, 15 September 2015

Mencantasnya (Part 4 of 4)

Akhirnya, berakhirnya suatu pengakhiran kepada sesi penanaman suatu episod kejayaan. In shaa Allah jika diikuti dari sesi 1, 2, 3 dan akhirnya artikel ini, tuailah hasilnya yang baik nanti.

Untuk baca daripada artikel 1, sila klik link:
Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)
Mengairinya Ilmu Anda (Part 2 of 4)
Berikan Sinar Mentari (Part 3 of 4)


Berbalik kepada elemen terakhir ialah mencantasnya. Ini merupakan elemen yang paling penting kerana untuk menjadikan tanaman kita subur dan luhur, kita perlu jaga persekitarannya dan bentuk fizikal tumbuhan tersebut kerana khuatir dipenuhi dengan rumput-rumput, semak-samun yang akan bersaing dengan tumbuhan dan boleh menyebabkan tumbuhan mati terkulai layu. Dan tumbuhan juga perlu di 'trim' supaya kemas dan tidak mempunyai cacat cela bagi memastikan nampak cantik dan sihat.

Ilmu boleh diperolehi dengan pelbagai macam cara. DAN yang paling utama, ia tidak semuanya penting untuk kita semua. Contoh yang paling ketara dan dirasai sehingga kini ialah, aku belajar 12 subjek untuk SPM tetapi untuk pekerjaan yang aku buat sekarang aku cuma perlukan beberapa sahaja ilmu tersebut. Bukan semua. Tetapi sistem pendidikan di Malaysia nak menjadikan aku ni seorang yang tahu semua serba serbi seperti Professor Serbatau. (Banyak pendapat aku tentang sistem pendidikan di Malaysia, tetapi malas nak ulas. Mungkin ada ketikanya nanti)

Setiap ilmu yang kita pelajari mempunyai kesan yang berbeza dengan individu yang berbeza. Contohnya jika seseorang diberi RM100, apa yang dibeli mungkin tidak sama dengan individu yang diberikan RM100 juga. Mesti mempunyai perbezaan kecualilah mereka berdua mempunyai chemistry yang sangat super power tinggi.

Setiap ilmu yang kita perolehi sama ada di dalam kelas atau praktikal atau pun daripada sumber lain yang pelbagai, kita kena TAPIS dengan betul dan berhemah. Tambah baik ilmu yang dipelajari melalui pengalaman anda. Kekal dan tingkatkan setiap momentum ilmu anda dan amalan anda. Sekiranya gagal, sentiasa muhasabah dan jangan putus asa. Kerana saat kita terasa hilang harapan dan lemah, Allah akan tunjukkan jalannya sekiranya kita bersabar dan minta pada Allah. Percayalah! (Kerana aku pun beberapa kali jatuh dan rebah)

Kerana yang pasti, kita dibentuk oleh set pengalaman kita. Pernah pegang benda yang panas? Seperti budak kecil yang baru mengenal dunia dan memegang objek yang panas pasti akan ingat dan berhati-hati dengan benda yang panas. Betul?

Kita harus sentiasa belajar daripada kejayaan dan kegagalan kita. Tunjukkan reaksi pada kejayaan mahupun kegagalan kita kerana itulah sebenarnya jalan ke arah insan berjiwa positif!!

Akhir kata,

Benih yang baik, menghasilkan pokok yang baik
Jadi jagalah minda dan amalan anda supaya seiring dengan gaya seorang insan berjaya

Semoga kita kaya dan berjaya dunia akhirat In shaa Allah. Sebarkan kebaikan, manfaatkan untuk semua kenalan.

Hadi Tamit



Tuesday, 8 September 2015

Berikan Sinar Mentari (Part 3 of 4)

Alhamdulillah, sudah sampai ke elemen yang ketiga untuk retorik menanam benih positif dalam diri anda. Semoga beroleh manfaat daripada dua bahagian pertama yang telah saya post dalam blog ini.
Bagi yang belum membacanya, bolehlah klik link di bawah supaya anda tidak blur membaca part ke-3 ini yang merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam menjaga benih positif dalam diri anda.

Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)

Mengairinya Ilmu Anda (Part 2 of 4)

Sekiranya anda sudah bersedia, JOM JADI POSITIF!!!


Berikan sinar mentari pada benih anda. Sekiranya anda hanya biarkan benih di dalam bilik gelap dan kusam, maka benih itu sukar bercambah dengan baik malah boleh mati!

Jadi seeloknya anda biarkan diri anda dikelilingi oleh unsur yang menarik anda melakukan perkara yang positif. Jadi bagaimana??

1. Pertama, anda hendaklah berkawan dengan orang yang mempunyai 'interest' atau minat yang sama. Kerana, percakapan, idea, respons yang bakal anda terima tidak lari jauh daripada minat atau topik yang ingin diketengahkan. Maka mudahlah anda mencapai nilai positif untuk bergerak ke hadapan dalam bidang yang ingin anda lakukan.

2. Kedua, carilah mentor yang berjaya! Ini merupakan elemen yang PALING PENTING kerana ini ialah gps terbaik untuk anda lebih berjaya dalam kehidupan. Misalnya anda minat memasak, maka carilah mentor yang hebat dalam masakannya, orang yang mempunyai kedai makan dan dialah tukang masak, chef restoren dan sebagainya yang berkaitan. Jangan pula anda cari di bengkel kereta ya! Kecuali mentor (chef) itu juga minat membaiki kereta. Faham ke faham??

3. Sentiasa terinspirasi dengan orang yang berjaya. Jangan dengki dan iri hati, tapi berusaha untuk mengikut jejak langkah mereka di samping menceduk ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh mereka. Biasanya orang berjaya ni sentiasa positif dan optimis dalam pekerjaan mereka. Jika anda dibanjiri dengan sinaran mentari sebegini, In shaa Allah anda akan berjaya.

4. Yang terakhir, dedahkan diri anda dalam dunia sosial sama ada alam nyata mahupun maya dengan persekitaran yang baik, kondusif dan positif. Buang sifat tidak baik dan sentiasa berdoa semoga dimasukkan dalam golongan yang baik-baik. Dan bila apa yang anda fikir, apa yang anda rasa dan apa yang anda lakukan baik dan mengikut niat yang baik, maka baiklah yang anda akan dapat. (banyak perkataan baik).

Jadi, sentiasalah bersangka baik, menghirup perkara yang baik, positif dan optimis dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan carilah sedaya upaya kawan-kawan yang baik. Kerana magnet kawan ni sangat hebat ditambah lagi dengan media sosial yang sangat berpengaruh sekarang.

In shaa Allah. Perkongsian kali ini dapat menambah sedikit ilmu yang ada di dalam dada sekaligus mengingatkan diri sendiri tentang siapa kawan kita?!

Chapter last..tak lama lagi. tajuk>? Tunggu

Caramelisme | Extremely Contagious

Hadi Tamit

Monday, 31 August 2015

3. UMMI MEDI HERBS (STOKIS CARAMELISME)

Alhamdulillah, pada bulan Ogos 2015, kami telah mendapatkan stokis baharu di kawasan Matang Jaya iaitu di Ummi Medi Herbs yang menawarkan khidmat bekam dan akupuntur serta perkhidmatan lain yang berasaskan Islam.

Sekiranya anda merupakan warga Kuching yang berhampiran dengan kawasan Matang Jaya, boleh mendapatkan Caramelisme di sini.

Ummi Medi Herbs ini terletak berdekatan dengan kawasan Seven On Seven dan Lock Ann (jual cendol). Sambil berbekam, bolehlah beli Caramelisme sebagai kudapan yang sedap, berkhasiat dan halal.

Pada mulanya, kami telah datang kalau tak silap pada bulan Mei untuk mendapatkan rawatan bekam. Dan bekam tersebut merupakan bekam pertama dalam hidup saya!! (Wow!) Semasa proses bekam tersebut, mereka ada bertanya tentang bermacam-macam perkara (sangat peramah dan baik). Kebetulan dia bertanyakan tentang pekerjaan isteri saya. Jadi saya balas soalan tersebut dengan berkata, "Bisnes jual biskut caramel". Dengan serta-merta lelaki (belah kanan sekali dalam gambar) terus cakap, "Eh, kalau ada brochure ke, produk ke, boleh letak kat kedai kami. Nanti kami jual kat sini." Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kami pun dengan besar hati menerima pelawaan tersebut.

Walaupun progressnya agak lambat kerana masalah-masalah kecil dan pada masa itu kami juga baru bermula, jadi perlukan masa untuk merangka perniagaan kami dengan sebaiknya. Alhamdulillah, akhirnya kami telah dipertemukan lagi setelah isteri kepada lelaki tadi telah menempah Caramelisme daripada kami dan terus deal untuk menjadi stokis kami.

Dipendekkan cerita, kami telah menghantar produk kami ke sini dan Alhamdulillah mendapat sambutan terutama daripada anak-anak kecil yang dibawa bersama untuk berbekam dan ibu-ibu mereka. Feedback yang sangat baik juga diterima kerana keenakan dan kesedapan Caramelisme ini.

Hadi Tamit

Tuesday, 25 August 2015

Tips Bila Dapat Gaji

Masuk je gaji, apa yang anda buat?? Adakah dalam masa sepuluh saat wang anda ntah hilang ke mana? Atau anda seorang yang bijak menguruskan kewangan dengan baik? Mari kita renung dan hayati tips yang In shaa Allah dapat membantu anda bila dapat gaji. 

Perkara paling utama yang perlu anda buat ialah, mesti SYUKUR dulu. Sikit ke banyak tak kisah. Ucaplah Alhamdulillah kerana rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.
.
Bila tengok akaun tu, SENYUM la sikit. Jangan macam Robotcop k? Buat macam seolah-olah anda menang dan berjaya mendapatkan hadiah hasil titik peluh anda.
.
Lepas dah tengok akaun, confirm gaji masuk dan teliti betul-betul setiap inci angkanya.. Betul jumlahnya. Ada lebih? (Alhamdulillah). Ada kurang?? (Alhamdulillah juga). Mungkin disalurkan ke tempat sepatutnya.
.
Now~~!! Ambil kertas dan Pen. PLAN atau rancang sebaik mungkin.
.
Fikir nak buat apa dengan duit tu. (bagi 5 minit, fikir jap)
.
Nak pi BAYAR HUTANG dulu??! Walaowehh... penat kerja beb. Sebulan sekali tu..Jom baca bawah. NEXT!
.
First of all, Reward Yourself. Bahagiakan diri sendiri dahulu. Penatkan dah kerja 30 hari. Jenuh tunggu akaun bank tak top up top up lagi. Ada benda yang teringin sangat nak beli?? Belilah! (asal jangan lebih daripada gaji k?) Anda puas hati, gembira dan dapat meneruskan kehidupan dengan gummbira!!
.
Lepas tu bayar hutang? Belum lagi sayang. Bagi pula pada Mak, abah, isteri dan anak-anak. Bagi cash atau bank in. Dan dan...paling penting. simpan 10% wang gaji tadi sebagai simpanan. Supaya tak terover bajet pulak. Simpanan ni juga penting untuk emergency kot-kot kita darurat.
.
Okeh! Nak bayar hutang sekarang? Sat na.... infak, zakat, sedeqah la sikit. Mungkin ada hak orang lain. Singgit pun jadi la. Asalkan kita ikhlas nak menderma. Kalau murah hati, 2.6 Billion pun apa salahnya kan. Banyak anda memberi, banyak juga anda akan terima.. Amiin..
.
Ha, sekarang nak bayar hutang kan. Dah pergi bayar. Harap cukuplah. Kalau tak, ambik kursus matematik untuk buat siap-siap kunci kira-kira. (gurau je bang dan kakak sekalian)
.
Lepas tu dah setel semua. Hati pun lega. Pi check ayat kat bawah.
.
.
Okei, tarik nafas dalam-dalam. Sekodeng jumlah akaun tinggal berapa dan bahagi siap-siap 30 hari penggunaan. Atur bajet untuk hari-hari mendatang. Semoga Allah murahkan rezeki kita. Amiin.

.
Caramelisme | Extremely Contagious

Hadi Tamit

Monday, 24 August 2015

2. ASMA CAKE HOUSE, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (STOKIS CARAMELISME)


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Selain di Nur Aita Cake House yang terletak di Kubah Ria Kuching, kami juga mengedarkan Caramelisme hingga ke Kota Samarahan bagi pelanggan kami untuk mendapatkan produk yang sedap, berkhasiat dan halal ni.

Kami telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pemilik kedai Asma Cake House yang merupakan Kedai yang menjual kek lapis Sarawak yang paling popular di Kota Samarahan. Sehinggakan produk kami sangat laris di sini. Kami sangat bersyukur kerana dengan peluang yang diberikan oleh Asma Cake House ini, produk kami telah berkembang sehingga menjangkaui kawasan Kuching.

Kepada yang berminat untuk dapatkan Caramelisme, anda bolehlah berkunjung ke Asma Cake House untuk mendapatkannya. Di sini juga terdapat lebih 40 jenis kek lapis yang beraneka perisa yang sangat unik dan sedap.(yang menyebabkan berpusu-pusu pelanggan tidak kira dari Sarawak ataupun pelanggan dari Sabah dan Semenanjung). Harga pun berpatutan hanya serendah RM9 / loaf.

Silalah datang ke sini bagi yang berdekatan. Anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan Caramelisme di kawasan Kuching yang terletak jauh dari tempat kediaman anda. Dapatkan segera!!!

Sekiranya anda juga mempunyai kedai dan berhajat untuk menjadi stokis produk kami, boleh lah menghubungi saya di talian +6010-9709746 (Hadi).

CARAMELISME : EXTREMELY CONTAGIOUS

Hadi Tamit Enteprise