Tuesday, 15 September 2015

Mencantasnya (Part 4 of 4)

Akhirnya, berakhirnya suatu pengakhiran kepada sesi penanaman suatu episod kejayaan. In shaa Allah jika diikuti dari sesi 1, 2, 3 dan akhirnya artikel ini, tuailah hasilnya yang baik nanti.

Untuk baca daripada artikel 1, sila klik link:
Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)
Mengairinya Ilmu Anda (Part 2 of 4)
Berikan Sinar Mentari (Part 3 of 4)


Berbalik kepada elemen terakhir ialah mencantasnya. Ini merupakan elemen yang paling penting kerana untuk menjadikan tanaman kita subur dan luhur, kita perlu jaga persekitarannya dan bentuk fizikal tumbuhan tersebut kerana khuatir dipenuhi dengan rumput-rumput, semak-samun yang akan bersaing dengan tumbuhan dan boleh menyebabkan tumbuhan mati terkulai layu. Dan tumbuhan juga perlu di 'trim' supaya kemas dan tidak mempunyai cacat cela bagi memastikan nampak cantik dan sihat.

Ilmu boleh diperolehi dengan pelbagai macam cara. DAN yang paling utama, ia tidak semuanya penting untuk kita semua. Contoh yang paling ketara dan dirasai sehingga kini ialah, aku belajar 12 subjek untuk SPM tetapi untuk pekerjaan yang aku buat sekarang aku cuma perlukan beberapa sahaja ilmu tersebut. Bukan semua. Tetapi sistem pendidikan di Malaysia nak menjadikan aku ni seorang yang tahu semua serba serbi seperti Professor Serbatau. (Banyak pendapat aku tentang sistem pendidikan di Malaysia, tetapi malas nak ulas. Mungkin ada ketikanya nanti)

Setiap ilmu yang kita pelajari mempunyai kesan yang berbeza dengan individu yang berbeza. Contohnya jika seseorang diberi RM100, apa yang dibeli mungkin tidak sama dengan individu yang diberikan RM100 juga. Mesti mempunyai perbezaan kecualilah mereka berdua mempunyai chemistry yang sangat super power tinggi.

Setiap ilmu yang kita perolehi sama ada di dalam kelas atau praktikal atau pun daripada sumber lain yang pelbagai, kita kena TAPIS dengan betul dan berhemah. Tambah baik ilmu yang dipelajari melalui pengalaman anda. Kekal dan tingkatkan setiap momentum ilmu anda dan amalan anda. Sekiranya gagal, sentiasa muhasabah dan jangan putus asa. Kerana saat kita terasa hilang harapan dan lemah, Allah akan tunjukkan jalannya sekiranya kita bersabar dan minta pada Allah. Percayalah! (Kerana aku pun beberapa kali jatuh dan rebah)

Kerana yang pasti, kita dibentuk oleh set pengalaman kita. Pernah pegang benda yang panas? Seperti budak kecil yang baru mengenal dunia dan memegang objek yang panas pasti akan ingat dan berhati-hati dengan benda yang panas. Betul?

Kita harus sentiasa belajar daripada kejayaan dan kegagalan kita. Tunjukkan reaksi pada kejayaan mahupun kegagalan kita kerana itulah sebenarnya jalan ke arah insan berjiwa positif!!

Akhir kata,

Benih yang baik, menghasilkan pokok yang baik
Jadi jagalah minda dan amalan anda supaya seiring dengan gaya seorang insan berjaya

Semoga kita kaya dan berjaya dunia akhirat In shaa Allah. Sebarkan kebaikan, manfaatkan untuk semua kenalan.

Hadi Tamit



No comments:

Post a Comment