Alhamdulillah, sudah sampai ke elemen yang ketiga untuk retorik menanam benih positif dalam diri anda. Semoga beroleh manfaat daripada dua bahagian pertama yang telah saya post dalam blog ini.
Bagi yang belum membacanya, bolehlah klik link di bawah supaya anda tidak blur membaca part ke-3 ini yang merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam menjaga benih positif dalam diri anda.
Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)
Mengairinya Ilmu Anda (Part 2 of 4)
Sekiranya anda sudah bersedia, JOM JADI POSITIF!!!
Berikan sinar mentari pada benih anda. Sekiranya anda hanya biarkan benih di dalam bilik gelap dan kusam, maka benih itu sukar bercambah dengan baik malah boleh mati!
Jadi seeloknya anda biarkan diri anda dikelilingi oleh unsur yang menarik anda melakukan perkara yang positif. Jadi bagaimana??
1. Pertama, anda hendaklah berkawan dengan orang yang mempunyai 'interest' atau minat yang sama. Kerana, percakapan, idea, respons yang bakal anda terima tidak lari jauh daripada minat atau topik yang ingin diketengahkan. Maka mudahlah anda mencapai nilai positif untuk bergerak ke hadapan dalam bidang yang ingin anda lakukan.
2. Kedua, carilah mentor yang berjaya! Ini merupakan elemen yang PALING PENTING kerana ini ialah gps terbaik untuk anda lebih berjaya dalam kehidupan. Misalnya anda minat memasak, maka carilah mentor yang hebat dalam masakannya, orang yang mempunyai kedai makan dan dialah tukang masak, chef restoren dan sebagainya yang berkaitan. Jangan pula anda cari di bengkel kereta ya! Kecuali mentor (chef) itu juga minat membaiki kereta. Faham ke faham??
3. Sentiasa terinspirasi dengan orang yang berjaya. Jangan dengki dan iri hati, tapi berusaha untuk mengikut jejak langkah mereka di samping menceduk ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh mereka. Biasanya orang berjaya ni sentiasa positif dan optimis dalam pekerjaan mereka. Jika anda dibanjiri dengan sinaran mentari sebegini, In shaa Allah anda akan berjaya.
4. Yang terakhir, dedahkan diri anda dalam dunia sosial sama ada alam nyata mahupun maya dengan persekitaran yang baik, kondusif dan positif. Buang sifat tidak baik dan sentiasa berdoa semoga dimasukkan dalam golongan yang baik-baik. Dan bila apa yang anda fikir, apa yang anda rasa dan apa yang anda lakukan baik dan mengikut niat yang baik, maka baiklah yang anda akan dapat. (banyak perkataan baik).
Jadi, sentiasalah bersangka baik, menghirup perkara yang baik, positif dan optimis dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan carilah sedaya upaya kawan-kawan yang baik. Kerana magnet kawan ni sangat hebat ditambah lagi dengan media sosial yang sangat berpengaruh sekarang.
In shaa Allah. Perkongsian kali ini dapat menambah sedikit ilmu yang ada di dalam dada sekaligus mengingatkan diri sendiri tentang siapa kawan kita?!
Chapter last..tak lama lagi. tajuk>? Tunggu
Caramelisme | Extremely Contagious
Hadi Tamit

No comments:
Post a Comment