Alhamdulillah, pada bulan Ogos 2015, kami telah mendapatkan stokis baharu di kawasan Matang Jaya iaitu di Ummi Medi Herbs yang menawarkan khidmat bekam dan akupuntur serta perkhidmatan lain yang berasaskan Islam.
Sekiranya anda merupakan warga Kuching yang berhampiran dengan kawasan Matang Jaya, boleh mendapatkan Caramelisme di sini.
Ummi Medi Herbs ini terletak berdekatan dengan kawasan Seven On Seven dan Lock Ann (jual cendol). Sambil berbekam, bolehlah beli Caramelisme sebagai kudapan yang sedap, berkhasiat dan halal.
Pada mulanya, kami telah datang kalau tak silap pada bulan Mei untuk mendapatkan rawatan bekam. Dan bekam tersebut merupakan bekam pertama dalam hidup saya!! (Wow!) Semasa proses bekam tersebut, mereka ada bertanya tentang bermacam-macam perkara (sangat peramah dan baik). Kebetulan dia bertanyakan tentang pekerjaan isteri saya. Jadi saya balas soalan tersebut dengan berkata, "Bisnes jual biskut caramel". Dengan serta-merta lelaki (belah kanan sekali dalam gambar) terus cakap, "Eh, kalau ada brochure ke, produk ke, boleh letak kat kedai kami. Nanti kami jual kat sini." Seperti pucuk dicita ulam mendatang, kami pun dengan besar hati menerima pelawaan tersebut.
Walaupun progressnya agak lambat kerana masalah-masalah kecil dan pada masa itu kami juga baru bermula, jadi perlukan masa untuk merangka perniagaan kami dengan sebaiknya. Alhamdulillah, akhirnya kami telah dipertemukan lagi setelah isteri kepada lelaki tadi telah menempah Caramelisme daripada kami dan terus deal untuk menjadi stokis kami.
Dipendekkan cerita, kami telah menghantar produk kami ke sini dan Alhamdulillah mendapat sambutan terutama daripada anak-anak kecil yang dibawa bersama untuk berbekam dan ibu-ibu mereka. Feedback yang sangat baik juga diterima kerana keenakan dan kesedapan Caramelisme ini.
Hadi Tamit
Monday, 31 August 2015
Tuesday, 25 August 2015
Tips Bila Dapat Gaji
Masuk je gaji, apa yang anda buat?? Adakah dalam masa sepuluh saat wang anda ntah hilang ke mana? Atau anda seorang yang bijak menguruskan kewangan dengan baik? Mari kita renung dan hayati tips yang In shaa Allah dapat membantu anda bila dapat gaji.
Perkara paling utama yang perlu anda buat ialah, mesti SYUKUR dulu. Sikit ke banyak tak kisah. Ucaplah Alhamdulillah kerana rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.
.
Bila tengok akaun tu, SENYUM la sikit. Jangan macam Robotcop k? Buat macam seolah-olah anda menang dan berjaya mendapatkan hadiah hasil titik peluh anda.
.
Lepas dah tengok akaun, confirm gaji masuk dan teliti betul-betul setiap inci angkanya.. Betul jumlahnya. Ada lebih? (Alhamdulillah). Ada kurang?? (Alhamdulillah juga). Mungkin disalurkan ke tempat sepatutnya.
.
Now~~!! Ambil kertas dan Pen. PLAN atau rancang sebaik mungkin.
.
Fikir nak buat apa dengan duit tu. (bagi 5 minit, fikir jap)
.
Nak pi BAYAR HUTANG dulu??! Walaowehh... penat kerja beb. Sebulan sekali tu..Jom baca bawah. NEXT!
.
First of all, Reward Yourself. Bahagiakan diri sendiri dahulu. Penatkan dah kerja 30 hari. Jenuh tunggu akaun bank tak top up top up lagi. Ada benda yang teringin sangat nak beli?? Belilah! (asal jangan lebih daripada gaji k?) Anda puas hati, gembira dan dapat meneruskan kehidupan dengan gummbira!!
.
Lepas tu bayar hutang? Belum lagi sayang. Bagi pula pada Mak, abah, isteri dan anak-anak. Bagi cash atau bank in. Dan dan...paling penting. simpan 10% wang gaji tadi sebagai simpanan. Supaya tak terover bajet pulak. Simpanan ni juga penting untuk emergency kot-kot kita darurat.
.
Okeh! Nak bayar hutang sekarang? Sat na.... infak, zakat, sedeqah la sikit. Mungkin ada hak orang lain. Singgit pun jadi la. Asalkan kita ikhlas nak menderma. Kalau murah hati, 2.6 Billion pun apa salahnya kan. Banyak anda memberi, banyak juga anda akan terima.. Amiin..
.
Ha, sekarang nak bayar hutang kan. Dah pergi bayar. Harap cukuplah. Kalau tak, ambik kursus matematik untuk buat siap-siap kunci kira-kira. (gurau je bang dan kakak sekalian)
.
Lepas tu dah setel semua. Hati pun lega. Pi check ayat kat bawah.
.
.
Okei, tarik nafas dalam-dalam. Sekodeng jumlah akaun tinggal berapa dan bahagi siap-siap 30 hari penggunaan. Atur bajet untuk hari-hari mendatang. Semoga Allah murahkan rezeki kita. Amiin.
.
Caramelisme | Extremely Contagious

Monday, 24 August 2015
2. ASMA CAKE HOUSE, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK (STOKIS CARAMELISME)
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Selain di Nur Aita Cake House yang terletak di Kubah Ria Kuching, kami juga mengedarkan Caramelisme hingga ke Kota Samarahan bagi pelanggan kami untuk mendapatkan produk yang sedap, berkhasiat dan halal ni.
Kami telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pemilik kedai Asma Cake House yang merupakan Kedai yang menjual kek lapis Sarawak yang paling popular di Kota Samarahan. Sehinggakan produk kami sangat laris di sini. Kami sangat bersyukur kerana dengan peluang yang diberikan oleh Asma Cake House ini, produk kami telah berkembang sehingga menjangkaui kawasan Kuching.
Kepada yang berminat untuk dapatkan Caramelisme, anda bolehlah berkunjung ke Asma Cake House untuk mendapatkannya. Di sini juga terdapat lebih 40 jenis kek lapis yang beraneka perisa yang sangat unik dan sedap.(yang menyebabkan berpusu-pusu pelanggan tidak kira dari Sarawak ataupun pelanggan dari Sabah dan Semenanjung). Harga pun berpatutan hanya serendah RM9 / loaf.
Silalah datang ke sini bagi yang berdekatan. Anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan Caramelisme di kawasan Kuching yang terletak jauh dari tempat kediaman anda. Dapatkan segera!!!
Sekiranya anda juga mempunyai kedai dan berhajat untuk menjadi stokis produk kami, boleh lah menghubungi saya di talian +6010-9709746 (Hadi).
CARAMELISME : EXTREMELY CONTAGIOUS
Hadi Tamit Enteprise
Tuesday, 18 August 2015
Mengairinya Ilmu Anda (Part 2 of 4)
Post terdahulu ialah tentang Mindset Luar Biasa yang merupakan perkara asas seperti benih yang genuine yang kita perlukan untuk berubah menjadi insan berjaya. Bila kita sudah punya mindset yang kuat dan mantap, maka menjaganya dengan mengairi ilmu anda dengan betul adalah tindakan yang seterusnya. Sila klik link jika anda belum membacanya -->>
Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)
Kita haruslah mempunyai persediaan rohani, fizikal dan mental yang kental untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Persediaan yang dimaksudkan ialah mempersiapkan diri dengan ilmu yang tepat dalam bidang yang ingin diterokai. Jika kita minat untuk menjadi ahli perniagaan, maka perbanyakkan ilmu dan seni berniaga, jika kita minat memasak, maka pelajari asas dan kemahiran memasak. Cara PALING MUDAH dan CEPAT ialah dengan berguru @ melalui mentor, kerana mereka lebih pakar dan anda tidak akan membuang masa untuk melakukan kesilapan. Percayalah. Ini merupakan tips berharga yang telah saya pelajari juga.
Serap elemen-elemen yang berteraskan nilai yang penting seperti:
1) Ilmu agama,
2) Ilmu kejayaan,
3) Ilmu keberanian dan
4) Elemn dan persekitaran positif.
Kemudian kita haruslah bijak menilai mana satu yang baik atau buruk sebagai pengakhiran proses menyuburkan niat anda tadi. Saya juga masih mentah dan berusaha untuk berubah. Maka saya telah himpunkan segala ilmu yang telah saya pelajari untuk dikongsikan bersama anda semua.
Semoga bermanfaat. Tunggu Part 3 dan 4 sebagai pelengkap siri motivasi untuk menjadi insan berjaya dan luar biasa serta berjaya dunia akhirat. In shaa Allah.

Thursday, 13 August 2015
1. NUR AITA KEK LAPIS, KUCHING, SARAWAK (STOKIS CARAMELISME)
Kedai ini terletak di Kubah Ria, tempat biasa orang Sarawak dan pelancong yang datang bertandang untuk menikmati juadah di medan selera dan bersebelahan dengan Medan Niaga Satok yang mempunyai ciri binaan yang unik.
Kami telah bekerjasama dengan kedai ini hampir 2 bulan dan Alhamdulillah permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang datang ke kedai ini. Kedai ini bukan sahaja terletak di tempat yang strategik, malah menawarkan pelbagai jenis kuih-muih kek lapis Sarawak yang bermutu tinggi, sedap dan bersih. Anda juga boleh menikmati keindahan Sungai Sarawak di Kubah Ria, Sarawak yang terkenal dengan Jambatan Gantung dan udara yang nyaman dan permai.
Kami juga sangat berpuas hati dengan layanan yang baik terutama daripada pekerja dan owner kedai ini yang sangat peramah dan sentiasa memberi galakan kepada kami. Jadi, sekiranya anda ingin mencari Caramelisme di sekitar kawasan Kuching, bolehlah bertandang ke Nur Aita Kek Lapis. Anda juga boleh membeli pelbagai lagi juadah buatan Sarawak yang semestinya sedap, lazat dan enak.
Untuk keterangan lanjut / berminat untuk menempah, bolehlah hubungi kami di talian:
010-9709746 / 016-5787008 / 010-5901107
Hadi Tamit
Tuesday, 11 August 2015
Mindset Luar Biasa (Part 1 of 4)
Perkara paling pertama dan utama dalam membentuk diri ialah mindset kita. Seperti hendak menanam sesuatu, kita perlu tahu apa, bagaimana, mengapa, kenapa, di mana nak tanamnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan mencari ilmu yang baik dan betul. Tanamkan dalam diri keinginan untuk berubah daripada dalam.
Mindset anda kenalah sentiasa POSITIF tidak kiralah apa yang berlaku. Walaupun dilanda pelbagai ujian dan musibah, sentiasa positif dan yakin bahawa Allah telah takdirkan sesuatu yang baik untuk kita.
Tiada buku yang boleh mengajar kita tentang berubah. Ia harus timbul dari dalam diri kita sendiri. Sekiranya dibina tandas emas sekalipun, jika kita tidak 'membuang' di tempat yang sepatutnya, atau tak flush!, maka tiadalah guna.
Adakah anda berkeinginan untuk melakukan perkara yang betul kepada diri kita sendiri dan orang lain.
Semuanya bermula dari minda/niat kita!! Maka binalah Mindset Luar Biasa. Terpulang pada diri kita ingin jadi biasa-biasa atau hidup luar biasa.
Caramelisme : Extremely Contagious

Monday, 10 August 2015
9 Tips Menguruskan Masa Secara Efisien!
Sering kali kita rasakan bahawa kita tidak punya masa yang cukup untuk lakukan segalanya. Tapi dengan adanya plan yang rapi In shaa Allah segalanya akan menjadi mudah dan senang dilakukan dengan pengurusan masa yang baik.
Berikut merupakan 9 tips menguruskan masa.
1. Tentukan keutamaan. Pastikan anda tahu tahap keutamaan sesuatu tugasan yang anda nak laksanakan terlebih dahulu. Bak kata omputih priority first.
2. Merancang masa depan dan tuliskannya. Cari satu buku khas dan buatlah checklist untuk aktiviti yang bakal anda laksanakan pada masa datang. Pastikan anda menulisnya kerana memori kita ni taklah berapa nak kuat sebab banyak makan semut.
3. Membaca dengan laju dan menulis dengan cepat. Teknik ini memerlukan latihan yang banyak dan bukan dapat dibuat sehari dua bagi yang belum mahir. Kemahiran ini sangat penting supaya anda dapat membuat sesuatu tugasan dengan cepat dan tangkas macam harimau.
4. Tidak melakukan perkara tidak penting. Jangan sia-siakan masa dengan tidak melakukan perkara yang tidak bermanfaat yang hanya merugikan masa anda.
5. Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain. Jangan terlalu bergantung pada diri sendiri sahaja. Kalau boleh buat kerja secara berkumpulan untuk menjimatkan masa.
6. Mengikut seminar yang boleh meningkatkan kemahiran. Mencari ilmu juga memudahkan kerja dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Contohnya dengan membaca tips ini sahaja anda mungkin mendapat idea-idea bernas untuk menguruskan masa anda.
7. Memanfaatkan teknologj sebaiknya. Teknologi boleh jadi satu laluan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Ibarat kita menggunakan kereta untuk ke satu destinasi dengan lebih cepat berbanding berjalan kaki, begitulah juga jika kita manfaatkan teknologi pada masa kini yang serba canggih.
8. Elak menangguh kerja. Ini paling penting sekali. Pastikan anda terus buat. Perkataan lawan bagi tangguh ialah buat terus!
9. Seimbangkan masa untuk kerjaya, keluarga dan masyarakat. Luangkan masa sosial anda. Jangan jadikan anda hamba kepada kerja semata-mata. Ambil masa untuk uruskan stress dengan bersosial.
Share kalau bermanfaat.
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
Thursday, 6 August 2015
Tips Untuk Ingat Rakaat Semasa Solat Fardu
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Satu perkongsian yang ingin saya bawakan pada hari ini ialah tentang Tips Untuk Ingat Rakaat Semasa Solat Fardu. Tujuan saya berkongsikan tips ini ialah kerana saya sering terlupa rakaat dek kerana lalai dan otak dah menerawang ke tempat lain. Mungkin ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya juga turut mendapat masalah seperti ini. Jadi saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit post tentang hal di atas. Zalim rasanya jika saya tidak berkongsi tips yang saya rasa efektif untuk saya supaya lebih fokus semasa bersolat.
Caranya mudah dan simple sahaja. Sebagai contoh; Solat yang ada 4 rakaat seperti Zohor, Asar dan Isyak. Untuk keempat-empat rakaat tersebut, saya akan membacakan ayat-ayat lazim selepas Al-Fatihah sebagai peringatan saya sudah berada di rakaat ke berapa.
Rakaat 1 : Al-Fatihah ; Al-Kafiruun
Rakaat 2 : Al-Fatihah ; Al- Ikhlas
Rakaat 1 : Al-Fatihah ; Al-Falaq
Rakaat 1 : Al-Fatihah ; An-Nas
Saya menggunakan Surah 4 Qul sebagai "tanda" kerana mudah diingat dan dihafal. Untuk anda, bolehlah pilih Surah pilihan yang anda hafal dan sukai. Saya sering menggunakan ayat ini di samping surah-surah yang lain. Mungkin pada mulanya agak susah tetapi apabila sudah menjadi rutin, perkara ini akan menjadi sangat mudah dan efektif untuk anda tidak lagi lupa rakaat anda semasa bersolat.
Jadi 'tanda' seterusnya sebagai penambahan, ialah bila kita membaca Surah Al-Ikhlas, kita sudah tahu bahawa sudah berada pada rakaat kedua dan ada duduk tahiyat awwal. Dan Surah An-Nas juga menunjukkan kita sudah berada pada rakaat terakhir dan diakhiri dengan tahiyat akhir.
Sesungguhnya ini adalah cadangan semata-mata. Amal, iman dan takwa semuanya Allah sahaja yang menilainya. Perkongsian ini hanyalah untuk hamba pelupa macam saya yang lalai dan leka ini. Semoga dapat dipraktikkan dalam kehidupan anda. Tak kisah jika nak share jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk diri anda dan rakan taulan anda.
Sekian, semua yang baik datangnya daripada Allah, segala dosa dan buruk itu adalah daripada diri saya sendiri.

Wednesday, 5 August 2015
Post kali ni nak share sikit gambar Pre-Raya untuk Tahun 2015. Untuk tahun ni kali telah mengupah seorang sahabat yang dikenali untuk mengambil photo shot keluarga di Desa Guru, Kuching, Sarawak. Pada tahun ni kami beraya di Kuching, Gedong, Kabong dan Pusa ( turn beraya di tempat isteri).
Untuk photo shot ni kami dapatkan dengan harga yang boleh dikatakan terbaik dan murah untuk gambar keluarga. Dengan kelengkapan kamera yang canggih dan menarik, kami telah bergambar di dalam rumah dan di luar rumah ( indoor dan outdoor) pada harga kurang dari RM200!!
Jadi pada kesempatan ini, selain mengucapkan Selamat Hari Raya, kami juga ingin mempromosikan sahabat kami Lebai yang telah mengambil gambar ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan jurugambar untuk event-event anda, bolehlah hubungi kami dengan komen di ruangan komen, dan kami akan beri detail untuk anda berhubung dengan beliau.
Sekian, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
Tuesday, 4 August 2015
Kawan POSITIF
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk post kali ni, saya harap anda tidak sentap dengan statement yang bakal disampaikan dalam entry ini. Kerana saya fikirkan ianya amat penting untuk saya perkatakan dan sebarkan agar anda semua faham tentang kawan Positif!
Sifu-sifu saya kebanyakannya orang yang positif dan berjaya. Dan mereka selalu ingatkan kepada saya bahawa
Serius saya katakan, saya memang mempunyai jiwa dan perasaan yang sangat negatif pada dunia terutama sekali bila statement-statement mengarut dan mengapi-apikan banyak dikhabarkan di laman-laman sosial. Jadi saya akan terus menanam hasrat untuk menyatakan pendapat saya secara negatif di alam maya.
Namun setelah mendapat nasihat daripada sifu-sifu saya, saya cuba untuk lebih terbuka dan positif dengan mengharapkan kawan-kawan saya nanti juga akan tertarik dengan magnet positif saya. Jadi bila saya mendapati saya ingin mencarut di FB, saya akan pastikan untuk menaip sedetail-detail di hati saya terlebih dahulu untuk menapis unsur-unsur yang ingin disampaikan. Sehinggalah saya rasakan bahawa adakah post ini sesuai atau tidak? Bermanfaat atau tidak? Menambah dosa ke tidak?
Kalau jawapannya lebih kepada negatif, saya akan simpan sahaja dalam hati dan delete terus. Namun sebagai manusia saya tahu, ada juga tapisan yang terlepas dek kerana nafsu yang menguasai diri saya.
Kesimpulannya, saya inginkan kawan yang sentiasa mendorong saya ke arah yang positif. Saya akan "LIKE" post yang saya rasakan menarik dan bermanfaat ataupun lebih hebat lagi saya akan SHARE jika ia mampu membawa saya dan orang yang saya sayangi menjadi lebih baik dan positif. Jika terdapat kawan saya yang selalu menulis post yang selalu menyakitkan hati insan-insan dan berbentuk teka-teki kepada fitnah, saya akan hide kan post orang tersebut supaya saya tidak terdorong untuk menjadi negatif (statement jujur).
** Oleh kerana saya setiap hari akan membuka FB, jadi saya berharap post-post yang saya akan baca ialah berunsur positif yang mampu meningkatkan mood saya pada hari tersebut. Jadi kawan-kawan yang budiman, jom sama-sama menjadi positif dan menegur secara berhemah supaya kita dapat mentransformasi diri menjadi lebih hebat dan berjaya.
BE POSITVE
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
p/s : Gambar dari cerita YES MAN yang sangat positif juga. Ce tengok. Motivated.
Untuk post kali ni, saya harap anda tidak sentap dengan statement yang bakal disampaikan dalam entry ini. Kerana saya fikirkan ianya amat penting untuk saya perkatakan dan sebarkan agar anda semua faham tentang kawan Positif!
Sifu-sifu saya kebanyakannya orang yang positif dan berjaya. Dan mereka selalu ingatkan kepada saya bahawa
"Pilihlah kawan yang positif kalau anda nak berjaya!".
Serius saya katakan, saya memang mempunyai jiwa dan perasaan yang sangat negatif pada dunia terutama sekali bila statement-statement mengarut dan mengapi-apikan banyak dikhabarkan di laman-laman sosial. Jadi saya akan terus menanam hasrat untuk menyatakan pendapat saya secara negatif di alam maya.
Namun setelah mendapat nasihat daripada sifu-sifu saya, saya cuba untuk lebih terbuka dan positif dengan mengharapkan kawan-kawan saya nanti juga akan tertarik dengan magnet positif saya. Jadi bila saya mendapati saya ingin mencarut di FB, saya akan pastikan untuk menaip sedetail-detail di hati saya terlebih dahulu untuk menapis unsur-unsur yang ingin disampaikan. Sehinggalah saya rasakan bahawa adakah post ini sesuai atau tidak? Bermanfaat atau tidak? Menambah dosa ke tidak?
Kalau jawapannya lebih kepada negatif, saya akan simpan sahaja dalam hati dan delete terus. Namun sebagai manusia saya tahu, ada juga tapisan yang terlepas dek kerana nafsu yang menguasai diri saya.
Kesimpulannya, saya inginkan kawan yang sentiasa mendorong saya ke arah yang positif. Saya akan "LIKE" post yang saya rasakan menarik dan bermanfaat ataupun lebih hebat lagi saya akan SHARE jika ia mampu membawa saya dan orang yang saya sayangi menjadi lebih baik dan positif. Jika terdapat kawan saya yang selalu menulis post yang selalu menyakitkan hati insan-insan dan berbentuk teka-teki kepada fitnah, saya akan hide kan post orang tersebut supaya saya tidak terdorong untuk menjadi negatif (statement jujur).** Oleh kerana saya setiap hari akan membuka FB, jadi saya berharap post-post yang saya akan baca ialah berunsur positif yang mampu meningkatkan mood saya pada hari tersebut. Jadi kawan-kawan yang budiman, jom sama-sama menjadi positif dan menegur secara berhemah supaya kita dapat mentransformasi diri menjadi lebih hebat dan berjaya.
BE POSITVE
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
p/s : Gambar dari cerita YES MAN yang sangat positif juga. Ce tengok. Motivated.
Monday, 3 August 2015
Balang Baharu Caramelisme
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!
Alhamdulillah. Segala Pujian Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Setelah berhempas pulas selama 4 bulan ini, akhirnya kami berjaya menyiapkan balang baharu untuk Caramelisme yang mengalami 3 kali evolusi. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga juga kami ingin ucapkan kepada para pelanggan kami khususnya yang telah memberikan feedback yang positif dan negatif (tapi membina,tq guys) dalam produk kami bagi mencapai tahap kepuasan maksima anda semua.
Dalam entri kali ini saya akan dedahkan gambar evolusi produk kami dari balang pertama hinggalah sekaran (ketiga).
Ini merupakan balang pertama kami dan telah terjual di sekitar kawasan Kuching pada mulanya. Pada ketika itu, jualan masih lagi tidak seberapa kerana produk kami belum lagi diperkenalkan kepada masyarakat umum. Kami hanya menjual kepada saudara mara dan kenalan dengan tujuan untuk menjadi "tester" produk kami. Alhamdulillah mereka menyukainya dan order semakin hari semakin bertambah apabila kenalan kepada saudara juga turut berminat untuk mendapatkannya. Dan alhamdulillah, kami berjaya deal dengan Asma Cake House untuk dijadikan stokis produk kami di kawasan Samarahan. Alhamdulillah, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dan ini pula balang kedua kami. Disertakan dengan gambar bersama Pengurus Asma Cake House yang banyak memberi sokongan kepada peniaga kecil seperti kami untuk terus berusaha dan maju dalam bidang ini. Kami sangat-sangat berterima kasih kerana mereka telah menaikkan semangat kami dan menaikkan jualan kami. Kami bersyukur kerana selain jualan di Kuching, di Samarahan juga tidak kurang hebatnya apabila Asma Cake House sudi memasarkan produk kami.
Selain itu, kami juga berjaya deal dengan Nur Aitaa Kek Lapis di Kubah Ria untuk memasarkan produk kami untuk warga Kuching.
Akhir sekali, Evolusi Ketiga produk kami, yang lebih comel dan potongan yang lebih kecil untuk pelanggan yang kami sayangi. Dengan kandungan yang lebih banyak, kami mendapat komen yang sangat positif dan terbaik. Jadi dalam minggu ini, in shaa Allah akan diperbanyakkan lagi untuk diedarkan kepada stokis dan agen kami. Terima kasih kerana sudi membaca dan harap anda menggemari Snek Almond Berkhasiat - Caramelisme
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
1st Entry
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ini merupakan post entry yang pertama untuk blog Caramelisme - Snek Almond Berkhasiat.
Caramelisme merupakan produk home made kami yang berpusat di Kuching Sarawak.
Tujuan diwujudkan blog ini ialah untuk berkongsi secara maya:
1. Produk kami.
2. Testimoni pelanggan.
3. Update tentang isu Caramelisme
Selain itu juga, kami juga ingin menyelitkan beberapa unsur penting dalam blog ini sebagai manfaat bersama seperti:
1. Motivasi.
2. Tips-tips untuk kehidupan yang lebih berjaya dan baik.
3. Info-info semasa dan pendapat kami.
4. Info agama.
5. Lain-lain hal yang difikirkan bermanfaat untuk para pembaca.
Jadi kami berharap anda akan sentiasa follow kami untuk mendapatkan rujukan daripada setiap post yang kami tulis.
Memandangkan saya sudah lama meninggalkan dunia menulis blog ini, saya ingin terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya nanti blog ini mengganggu hidup anda (hehe).
Sekian,

Subscribe to:
Comments (Atom)