Thursday, 13 August 2015

1. NUR AITA KEK LAPIS, KUCHING, SARAWAK (STOKIS CARAMELISME)


Mungkin ramai dah tahu bahawa kami ada mengedarkan Caramelisme di Nur Aita Kek Lapis. Tahukah anda di mana kedai ni?
Kedai ini terletak di Kubah Ria, tempat biasa orang Sarawak dan pelancong yang datang bertandang untuk menikmati juadah di medan selera dan bersebelahan dengan Medan Niaga Satok yang mempunyai ciri binaan yang unik.


Kami telah bekerjasama dengan kedai ini hampir 2 bulan dan Alhamdulillah permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan yang datang ke kedai ini. Kedai ini bukan sahaja terletak di tempat yang strategik, malah menawarkan pelbagai jenis kuih-muih kek lapis Sarawak yang bermutu tinggi, sedap dan bersih. Anda juga boleh menikmati keindahan Sungai Sarawak di Kubah Ria, Sarawak yang terkenal dengan Jambatan Gantung dan udara yang nyaman dan permai.

Kami juga sangat berpuas hati dengan layanan yang baik terutama daripada pekerja dan owner kedai ini yang sangat peramah dan sentiasa memberi galakan kepada kami. Jadi, sekiranya anda ingin mencari Caramelisme di sekitar kawasan Kuching, bolehlah bertandang ke Nur Aita Kek Lapis. Anda juga boleh membeli pelbagai lagi juadah buatan Sarawak yang semestinya sedap, lazat dan enak.

Untuk keterangan lanjut / berminat untuk menempah, bolehlah hubungi kami di talian:

010-9709746 / 016-5787008 / 010-5901107

Hadi Tamit

No comments:

Post a Comment