Thursday, 6 August 2015

Tips Untuk Ingat Rakaat Semasa Solat Fardu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Satu perkongsian yang ingin saya bawakan pada hari ini ialah tentang Tips Untuk Ingat Rakaat Semasa Solat Fardu. Tujuan saya berkongsikan tips ini ialah kerana saya sering terlupa rakaat dek kerana lalai dan otak dah menerawang ke tempat lain. Mungkin ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya juga turut mendapat masalah seperti ini. Jadi saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit post tentang hal di atas. Zalim rasanya jika saya tidak berkongsi tips yang saya rasa efektif untuk saya supaya lebih fokus semasa bersolat.

Caranya mudah dan simple sahaja. Sebagai contoh; Solat yang ada 4 rakaat seperti Zohor, Asar dan Isyak. Untuk keempat-empat rakaat tersebut, saya akan membacakan ayat-ayat lazim selepas Al-Fatihah sebagai peringatan saya sudah berada di rakaat ke berapa.

Rakaat 1 : Al-Fatihah ; Al-Kafiruun
Rakaat 2 : Al-Fatihah ; Al- Ikhlas
Rakaat 1 : Al-Fatihah ; Al-Falaq
Rakaat 1 : Al-Fatihah ; An-Nas

Saya menggunakan Surah 4 Qul sebagai "tanda" kerana mudah diingat dan dihafal. Untuk anda, bolehlah pilih Surah pilihan yang anda hafal dan sukai. Saya sering menggunakan ayat ini di samping surah-surah yang lain. Mungkin pada mulanya agak susah tetapi apabila sudah menjadi rutin, perkara ini akan menjadi sangat mudah dan efektif untuk anda tidak lagi lupa rakaat anda semasa bersolat.

Jadi 'tanda' seterusnya sebagai penambahan, ialah bila kita membaca Surah Al-Ikhlas, kita sudah tahu bahawa sudah berada pada rakaat kedua dan ada duduk tahiyat awwal. Dan Surah An-Nas juga menunjukkan kita sudah berada pada rakaat terakhir dan diakhiri dengan tahiyat akhir.


Sesungguhnya ini adalah cadangan semata-mata. Amal, iman dan takwa semuanya Allah sahaja yang menilainya. Perkongsian ini hanyalah untuk hamba pelupa macam saya yang lalai dan leka ini. Semoga dapat dipraktikkan dalam kehidupan anda. Tak kisah jika nak share jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk diri anda dan rakan taulan anda.

Sekian, semua yang baik datangnya daripada Allah, segala dosa dan buruk itu adalah daripada diri saya sendiri.

Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit

No comments:

Post a Comment