Monday, 10 August 2015

9 Tips Menguruskan Masa Secara Efisien!

Sering kali kita rasakan bahawa kita tidak punya masa yang cukup untuk lakukan segalanya. Tapi dengan adanya plan yang rapi In shaa Allah segalanya akan menjadi mudah dan senang dilakukan dengan pengurusan masa yang baik.

Berikut merupakan 9 tips menguruskan masa.
1. Tentukan keutamaan. Pastikan anda tahu tahap keutamaan sesuatu tugasan yang anda nak laksanakan terlebih dahulu. Bak kata omputih priority first.

2. Merancang masa depan dan tuliskannya. Cari satu buku khas dan buatlah checklist untuk aktiviti yang bakal anda laksanakan pada masa datang. Pastikan anda menulisnya kerana memori kita ni taklah berapa nak kuat sebab banyak makan semut.

3. Membaca dengan laju dan menulis dengan cepat. Teknik ini memerlukan latihan yang banyak dan bukan dapat dibuat sehari dua bagi yang belum mahir. Kemahiran ini sangat penting supaya anda dapat membuat sesuatu tugasan dengan cepat dan tangkas macam harimau.

4. Tidak melakukan perkara tidak penting. Jangan sia-siakan masa dengan tidak melakukan perkara yang tidak bermanfaat yang hanya merugikan masa anda.

5. Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain. Jangan terlalu bergantung pada diri sendiri sahaja. Kalau boleh buat kerja secara berkumpulan untuk menjimatkan masa.

6. Mengikut seminar yang boleh meningkatkan kemahiran. Mencari ilmu juga memudahkan kerja dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Contohnya dengan membaca tips ini sahaja anda mungkin mendapat idea-idea bernas untuk menguruskan masa anda.

7. Memanfaatkan teknologj sebaiknya. Teknologi boleh jadi satu laluan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Ibarat kita menggunakan kereta untuk ke satu destinasi dengan lebih cepat berbanding berjalan kaki, begitulah juga jika kita manfaatkan teknologi pada masa kini yang serba canggih.

8. Elak menangguh kerja. Ini paling penting sekali. Pastikan anda terus buat. Perkataan lawan bagi tangguh ialah buat terus!

9. Seimbangkan masa untuk kerjaya, keluarga dan masyarakat. Luangkan masa sosial anda. Jangan jadikan anda hamba kepada kerja semata-mata. Ambil masa untuk uruskan stress dengan bersosial.

Share kalau bermanfaat. 

Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit

No comments:

Post a Comment