Monday, 3 August 2015

Balang Baharu Caramelisme

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Alhamdulillah. Segala Pujian Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Setelah berhempas pulas selama 4 bulan ini, akhirnya kami berjaya menyiapkan balang baharu untuk Caramelisme yang mengalami 3 kali evolusi. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga juga kami ingin ucapkan kepada para pelanggan kami khususnya yang telah memberikan feedback yang positif dan negatif (tapi membina,tq guys) dalam produk kami bagi mencapai tahap kepuasan maksima anda semua.

Dalam entri kali ini saya akan dedahkan gambar evolusi produk kami dari balang pertama hinggalah sekaran (ketiga).

Ini merupakan balang pertama kami dan telah terjual di sekitar kawasan Kuching pada mulanya. Pada ketika itu, jualan masih lagi tidak seberapa kerana produk kami belum lagi diperkenalkan kepada masyarakat umum. Kami hanya menjual kepada saudara mara dan kenalan dengan tujuan untuk menjadi "tester" produk kami. Alhamdulillah mereka menyukainya dan order semakin hari semakin bertambah apabila kenalan kepada saudara juga turut berminat untuk mendapatkannya. Dan alhamdulillah, kami berjaya deal dengan Asma Cake House untuk dijadikan stokis produk kami di kawasan Samarahan. Alhamdulillah, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dan ini pula balang kedua kami. Disertakan dengan gambar bersama Pengurus Asma Cake House yang banyak memberi sokongan kepada peniaga kecil seperti kami untuk terus berusaha dan maju dalam bidang ini. Kami sangat-sangat berterima kasih kerana mereka telah menaikkan semangat kami dan menaikkan jualan kami. Kami bersyukur kerana selain jualan di Kuching, di Samarahan juga tidak kurang hebatnya apabila Asma Cake House sudi memasarkan produk kami.
Selain itu, kami juga berjaya deal dengan Nur Aitaa Kek Lapis di Kubah Ria untuk memasarkan produk kami untuk warga Kuching.
Akhir sekali, Evolusi Ketiga produk kami, yang lebih comel dan potongan yang lebih kecil untuk pelanggan yang kami sayangi. Dengan kandungan yang lebih banyak, kami mendapat komen yang sangat positif dan terbaik. Jadi dalam minggu ini, in shaa Allah akan diperbanyakkan lagi untuk diedarkan kepada stokis dan agen kami. Terima kasih kerana sudi membaca dan harap anda menggemari Snek Almond Berkhasiat - Caramelisme

Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit

No comments:

Post a Comment