Untuk post kali ni, saya harap anda tidak sentap dengan statement yang bakal disampaikan dalam entry ini. Kerana saya fikirkan ianya amat penting untuk saya perkatakan dan sebarkan agar anda semua faham tentang kawan Positif!
Sifu-sifu saya kebanyakannya orang yang positif dan berjaya. Dan mereka selalu ingatkan kepada saya bahawa
"Pilihlah kawan yang positif kalau anda nak berjaya!".
Serius saya katakan, saya memang mempunyai jiwa dan perasaan yang sangat negatif pada dunia terutama sekali bila statement-statement mengarut dan mengapi-apikan banyak dikhabarkan di laman-laman sosial. Jadi saya akan terus menanam hasrat untuk menyatakan pendapat saya secara negatif di alam maya.
Namun setelah mendapat nasihat daripada sifu-sifu saya, saya cuba untuk lebih terbuka dan positif dengan mengharapkan kawan-kawan saya nanti juga akan tertarik dengan magnet positif saya. Jadi bila saya mendapati saya ingin mencarut di FB, saya akan pastikan untuk menaip sedetail-detail di hati saya terlebih dahulu untuk menapis unsur-unsur yang ingin disampaikan. Sehinggalah saya rasakan bahawa adakah post ini sesuai atau tidak? Bermanfaat atau tidak? Menambah dosa ke tidak?
Kalau jawapannya lebih kepada negatif, saya akan simpan sahaja dalam hati dan delete terus. Namun sebagai manusia saya tahu, ada juga tapisan yang terlepas dek kerana nafsu yang menguasai diri saya.
Kesimpulannya, saya inginkan kawan yang sentiasa mendorong saya ke arah yang positif. Saya akan "LIKE" post yang saya rasakan menarik dan bermanfaat ataupun lebih hebat lagi saya akan SHARE jika ia mampu membawa saya dan orang yang saya sayangi menjadi lebih baik dan positif. Jika terdapat kawan saya yang selalu menulis post yang selalu menyakitkan hati insan-insan dan berbentuk teka-teki kepada fitnah, saya akan hide kan post orang tersebut supaya saya tidak terdorong untuk menjadi negatif (statement jujur).** Oleh kerana saya setiap hari akan membuka FB, jadi saya berharap post-post yang saya akan baca ialah berunsur positif yang mampu meningkatkan mood saya pada hari tersebut. Jadi kawan-kawan yang budiman, jom sama-sama menjadi positif dan menegur secara berhemah supaya kita dapat mentransformasi diri menjadi lebih hebat dan berjaya.
BE POSITVE
Caramelisme : Extremely Contagious
Hadi Tamit
p/s : Gambar dari cerita YES MAN yang sangat positif juga. Ce tengok. Motivated.
No comments:
Post a Comment